Tuesday 28 June 2011

Do'a Penunduk Binatang

  • Kebiasaannya bila disebut ayat penunduk....maka ramai orang akan fokus pada menundukkan orang lain.
  • Walau bagaimanapun kali ini saya nak fokus kepada haiwan iaitu menundukkan haiwan yang liar...seperti kuda liar,anjing yang garang dan sebagainya.

                                                     DO'A PENUNDUK BINATANG

  1. Surah Al-Fateha
  2.   سـلام على  سـليمان فى الـعالـميـن

~ PENTING~
    Setelah membaca do'a tersebut maka tiuplah kearah binatang berkenaan.Sekiranya binatang berkenaan
    kelihatan seperti tunduk maka bolehlah kita berjalan kearahnya untuk mengikat atau sebagainya tetapi
    sekiranya binatang berkenaan kelihatan semakin berang,matanya terbuka besar,menghentak-hentakkan  
    kaki dan sebagainya,maka adalah lebih baik jangan pergi mendekatinya.
   
  
    

Thursday 23 June 2011

Mengecut/mengecilkan Kebengkakkan

  • Do'a ini ialah untuk mengecutkan atau mengecilkan bahagian anggota badan yang membengkak atau mengembang mungkin akibat daripada terjatuh,terseliuh,bisul dan sebagainya.
  • kaedah ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan kelenjar yang berada dibawah ketiak yang dikenali sebagai ibu sawan.

                                                          RAWATAN
  1. Surah Al-Fatehah
  2.  أعوذ بعزّة الله وقدرته من شـرّما أجـد واحـاذر
  3.   اللّـهـمّ يا مكبّـر الصّـغيـر ويا مصـغّـر الـكـبير صغّـر ما بـه....... يا أرحـم الـرّاحـمين 
* Tanda bertitik sebutkan nama pesakit dan ibunya *

Tuesday 21 June 2011

Do'a Penahan

  • Penyakit yang boleh dirawat mengikut kaedah ini ialah muntak,kencing tak lawas,air liur kanak-kanak,pendarahan,air susu ibu yang keluar selepas menyusukan anaknya haid yang tidak berhenti dan sebagainya.
  • Do'a penahan ini adalah untuk sementara waktu sahaja iaitu persediaan sebelum dibawa ke klinik atau hospital bagi rawatan seterusnya.
                                                                DO'A PENAHAN
  1. Surah Al-Fatehah
  2. Surah Al-Lahab ayat 1     تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ  
  3. Surah Yasin ayat 38         وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ
  4. Surah Hud ayat 44                يَـٰٓأَرۡضُ ٱبۡلَعِى مَآءَكِ وَيَـٰسَمَآءُ أَقۡلِعِى   
  5. Surah Al-Ikhlas ayat 1 - 4

~ PENTING ~
   Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya

Saturday 18 June 2011

Sakit Perut

  • Sakit perut mungkin disebabkan kita salah makan.
  • Bermacam-macam punca yang menyebabkan sakit perut - ada disebabkan keracunan makanan,perut tidak boleh menerima makanan tertentu dan sebagainya.
  • Kadang-kadang terlalu kuat dan kerap sakit perut,pantang salah makan,lembat makan atau terlebih makan juga boleh menjadi punca sakit gastrik dan apendiks.
  • Jika kita mengalami sakit perut,tak kira sebab gastrik,apendiks atau sakit biasa,cubalah do'a ini.
                                                 DOA SAKIT PERUT
  1. Al-Fatehah
  2. Selawat Syifa'
  3.                                     اعوذ بعزّة الله وقدرته من شرٍّ ما أجـد و أحاذر
    4.                                                                                                                       
                                     اللهـم أزل المغصَّ من بطـن ( سبوتكن نام قساكية دان إيبو
                            
     ~ PENTING ~

  
Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya

Sunday 12 June 2011

Surah Al-Waqiah ayat 19

  •                                                                                                                            
  •                                                          لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ       

Saturday 11 June 2011

Sakit Kepala

  • Sakit kepala kemungkinan disebabkan kecederaan atau serangan kuman di bahagian kepala  atau dibahagian lain yang ada kaitan dengan kepala . 
  • Cuaca yang panas terik juga boleh membuatkan sakit kepala. Kurang tidur juga boleh sakit kepala.
  • Menghadapi pelbagai masalah,tekanan perasaan,tension dan dan gangguan ketenangan adalah antara punca-punca yang membawa kepada sakit kepala. 
  • Apapun punca yang membawa kepada sakit kepala ianya boleh dikurangkan dengan bertenang iaitu selalu mendampingkan diri kepada Allah Ta'la . 
  • Perbanyakkanlah berzikir dan kerablah bangun malam untuk solat tahajjud,solat taubat,solat hayat dan sebagainya. 
  • Amalan membaca al-quran adalah penawar yang baik untuk mencari ketenangan jiwa. 
  • Jika kita mengalami sakit kepala yang berterusan dan lebih dari satu minggu adalah lebih baik berjumpa dengan doktor buat rawatan. 
  • Sekiranya sakit masih berterusan mungkin disebabkan oleh gangguan.Ikhtiarlah dengan rawatan do'a.
                                                        DOA PENAWAR SAKIT KEPALA
  1. Al-Fatehah
  2. Selawat Syifa'
  3. Al-Waqiah Ayat 19 ( Sila lihat Blog Archive )
  4.                                                                                                                                    
                                        اللهم ارحم جلده الرقيق,وعظمه الدقيق,وعرقه الصغير,من شدة الحريق,يا أمّ ملدم,إن كنت   
                                                                                                                                                    
                                            ءامنت بالله العظيم,فلا تصدعى الرأس,ولاتنتني الفم,ولاتشربى  الدّم,وتحوّلى عنه الى من
                                                                                                                                                     
                                                                                                                          ااتخذ مع الله إلها ءاخر.
                                                                                                                                                           
                                                            بسم الله الكبير, اعوذ  بالله العظيم من شر كلّ عرقٍ نعّارٍ, ومن شرِّ حرِّ النَّار                           

~ PENTING ~

   Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya.

Thursday 9 June 2011

kerasukkan jin: Badi

kerasukkan jin: Badi: "Badi - satu gejala pada masyarakat Melayu umumnya boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi sasau dan gila. Badi pada masa sekarang ini ha..."

Badi

  • Badi - satu gejala pada masyarakat Melayu umumnya boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi sasau dan gila.
  • Badi pada masa sekarang ini hanya dikesan terdapat pada binatang-binatang yang berada didalam hutan dan pada mayat terutama mayat yang ngeri seperti kemalangan berdarah,mati dibunuh,mati terbakar dan lain-lain.
  • Apabila seseorang itu terkena badi maka keadaan dirinya akan menjadi tidak selesa seperti sendi sendi anggota badan rasa sakit,badan lesu dan letih,pergerakan menjadi lembab dan sebagainya.
  • Khusus pada orang yang terkena badi mayat pula ialah dia akan sering terbayang-bayang keadaan mayat tersebut.
  • Pada orang terkena badi dia hendaklah segera dirawat kerana bukan sahaja dia akan menjadi sasau/gila tetapi lazimnya akan membawa maut.
                                                               KAEDAH RAWATAN
  1. Al-Fatehah
  2. Ayatul Kursy dengan 9 kali wakaf Resm Uthmani
  3. Al-Muawwizat
  4. Ayat Penggerak
  5. Do'a Rawatan Badi
                                                             
                  بسم الله تربة ارضنا بريقة بعضنا يشفى به سقيمنا باءذن ربنا
                                             
  • Semasa membaca do'a diatas letakkan tapak tangan ketanah atau lantai kemudian sapukan kemuka pesakit dengan isyarat buang.
  • Pada yang terkena badi mayat pula hendaklah diambil sedikit/segenggam tanah kubur mayat yang berkenaan untuk dicampurkan dengan air yang telah dido'akan kemudian dibuat mandi sebanyak 3 petang berturut-turut.
  • ~ PENTING ~
  • Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya.
             

Monday 6 June 2011

Kesampukan Dan Rawatan

  • Sekali imbas kesampukan sama seperti histeria dan kerasukan.Semua itu berpunca dari gangguan makhluk halus yang jahat.
  • Jika seseorang itu melalui tempat-tempat yang luar biasa pada pandangan mata dan terasa seram atau gerun seperti  gaung yang curam,gua,pokok besar,dilautan,gunung,paya dan sebagainya yang pada lazimnya tempat-tempat seperti ini didiami oleh makhluk-makhluk halus;maka apabila ia pulang kerumah,badan terasa seram sejuk lalu membawa kepada demam panas,meracau-racau,muka pucat,termenung dan akhirnya menyebabkan hilang akal.Situasi seperti inilah yang dikatakan orang kena sampuk.
  • Kesampukan boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal dengan tiba-tiba kerana gangguan yang kuat yang lazimnya terjadi kepada orang yang lemah semangat terutamanya pada kaum wanita.
  • Apabila kita melihat fenomena seperti ini berlaku maka cepat-cepatlah dibuat rawatan.Orang yang disampuk oleh makhluk halus yang jahat perlu datang mendapatkan  perawat dengan seberapa segera yang boleh kerana kemuncak sampukan tersebut boleh menjadikan seseorang itu menjadi gila.
                                                              DOA RAWATAN
  1. Al-Fatehah
  2. Selawat Tafrijiyyah
  3. Do`a Penghindar Syaitan
  • Setelah dibaca do`a diatas maka tariklah pada bahagian badan yang kejang samada tangan,kaki dan lain-lain lalu ditiupkan kemuka pesakit.
  • Baca do`a sekali lagi pada air untuk dibuat minum dan mandi.
~ PENTING ~
  • Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya.

Sunday 5 June 2011

Hilang Semangat

  • Apa itu semangat.....?
  • Semangat ialah kekuatan yang wujud dalam badan kita.Semangat juga berperanan sebagai pengimbang naluri dan tenaga manusia.
  • Ianya juga merupakan kekuatan batiniah manusia yang mengawal perjalanan perasaan,kehendak naluri dan fikiran manusia..
  • Semangat yang ada pada diri seseorang itu akan pergi meninggalkan tubuh apabila seseorang itu terperanjat,terjatuh atau mungkin disebabkan takut yang keterlaluan
  • Akibat dari itu maka seseorang itu akan lemah semangatnya yang akan mengundang serangan penyakit terutamanya yang berkaitan dengan makhluk halus.
  • Semangat yang telah hilang perlu dipulihkan kembali demi kesejahteraan diri.
  • Kaedah merawat Hilang Semangat :
  1. Surah Al-Fatehah
  2. Selawat Syifa'
  3. Surah Al-Hasyr Ayat 21-24

  • PENTING
  • Hubungi saya untuk kaedah rawatan dan akad terima