Mimpi Yang Menakutkan

  • Mimpi adakalanya benar dan adakalanya hanya mainan tidur sahaja.Mimpi juga adakalanya menakutkan dan adakalanya tidak begitu;kadang-kadang macam cerita katun saja.Mimpi tersebut berlaku ketika seseorang itu hampir terlena ataupun tidur nyenyak.
  • jika seseorang itu bermimpi yang menakutkan ketika dia hampir terlena maka akan lebih mudah terganggu kesihatannya ,sukar hendak tidur semula,badannya berpeluh dan perasaan takut akan menghantui dirinya.
  • Diantara mimpi yang menakutkan itu ialah melihat makhluk-makhluk halus yang rupa parasnya  menakutkan hendak mencekeknya atau membunuhnya.Mimpi seperti ini merupakan salah satu petanda perbuatan sihir.Mimpi seperti ini berlaku ketika sesesorang itu hampir terlena.
  • Ada juga seseorang itu bermimpi melihat keranda,melihat tanah perkuburan atau bermimpi melihat orang yang telah meninggal dunia melambai-lambai kearahnya.Mimpi seperti ini berlaku mungkin akibat  daripada kena badi orang yang meninggal dunia.,ataupun  mimpi binatang-binatang tertentu seperti ular ataupun ayam hutan yang menjelma dalam bentuk yang manggerunkan.Mimipi seperti besar kemungkinan akibat badi ayam atau ular yang dibunuhnya.
  • Ada juga yang bermimpi ketika tidur lena.Semuanya ini boleh mengganggu kesihatan yang akhirnya membawa kepada demam dan hilang akal.
  • Apabila mimipi yang menakutkan berlaku yang membawa kepada tidak keseimbangan kesihatan, ketenteraman dan fikiran maka hendaklah segera dirawat dan jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ianya membawa kepada .akibat yang buruk