- Badi - satu gejala pada masyarakat Melayu umumnya boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi sasau dan gila.
- Badi pada masa sekarang ini hanya dikesan terdapat pada binatang-binatang yang berada didalam hutan dan pada mayat terutama mayat yang ngeri seperti kemalangan berdarah,mati dibunuh,mati terbakar dan lain-lain.
- Apabila seseorang itu terkena badi maka keadaan dirinya akan menjadi tidak selesa seperti sendi sendi anggota badan rasa sakit,badan lesu dan letih,pergerakan menjadi lembab dan sebagainya.
- Khusus pada orang yang terkena badi mayat pula ialah dia akan sering terbayang-bayang keadaan mayat tersebut.
- Pada orang terkena badi dia hendaklah segera dirawat kerana bukan sahaja dia akan menjadi sasau/gila tetapi lazimnya akan membawa maut.
- Al-Fatehah
- Ayatul Kursy dengan 9 kali wakaf Resm Uthmani
- Al-Muawwizat
- Ayat Penggerak
- Do'a Rawatan Badi
بسم الله تربة ارضنا بريقة بعضنا يشفى به سقيمنا باءذن ربنا
- Semasa membaca do'a diatas letakkan tapak tangan ketanah atau lantai kemudian sapukan kemuka pesakit dengan isyarat buang.
- Pada yang terkena badi mayat pula hendaklah diambil sedikit/segenggam tanah kubur mayat yang berkenaan untuk dicampurkan dengan air yang telah dido'akan kemudian dibuat mandi sebanyak 3 petang berturut-turut.
- ~ PENTING ~
- Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment