Kerasukan Iblis/syaitan/jin

  • Jika diperkatakan secara khusus mengenai tajuk ini nampak seperti ada perbezaan dengan Histeria tetapi ianya sama punca kejadiannya iaitu akibat gangguan makhluk halus yang jahat.
  • Sekiranya gangguan itu melibatkan ramai pesakit seperti berlakunya disekolah-sekolah,diasrama atau dikilang-kilang maka orang akan mengatakan ianya sebagai histeria tetapi jika gangguan tersebut berlaku kepada seorang pesakit sahaja dan dirawat oleh perawat tradisional maka ianya selalu disytilahkan sebagai kena Rasukan.
  • Histeria atau kerasukan biasanya dikaitkan dengan makhluk halus yang tidak bertuan.ini bermakna jin atau syaitan yang merasuk itu tidak dibela oleh orang tertentu yang diperintahkan oleh tuannya untuk merasuk seseorang.
  • Walaupun begitu seseorang yang berkelakuan ganjil sama seperti histeria boleh berlaku akibat kena sihir iaitu syaitan atau jin yang mengganggu itu dibela oleh seseorang yang mengarahkan makhluk halus tersebut.
  • Perbezaan antara gangguan yang berlaku akibat histeria dan sihir ialah kekuatan rasukan itu.Jika histeria agak mudah dirawat tetapi jika akibat perbuatan sihir ianya agak sukar untuk dipulihkan kerana syaitan atau jin tersebut mempunyai tuan yang memeliharanya yang pada dasarnya mereka mempunyai ikatan perjanjian,Keadaan ini berlaku kerana syaitan atau jin tersebut patuh kepada arahan tuannya agar tinggal merasuk dalam badan seseorang itu.