Mengekori manusia.

  • Apabila kita keluar rumah untuk pergi kesuatu tempat samada tempat itu berisiko ataupun tidak lalu kitapun balik pada waktu malam.Kebiasaannya makhluk-makhluk halus akan mengikut kita kalau kita seorang yang lemah semangat ataupun kita tidak ada pendinding diri maka dia akan mengganggu kita.
  • Gangguan yang dilakukan ialah dengan cara menjelmakana dirinya dalam bentuk manusia ataupun dalam bentuk yang menggerunkan.
  • Adakalanya jelmaan itu berupakan manusia kemudian bertukar kepada bentuk yang menggerunkan  yang boleh kita lihat dengan mata kita sendiri.
  • Gangguan seperti ini boleh menyebabkan kita hilang kawalan diri dan berlaku kemalangan jika kita menaiki kenderaan kerena hendak melarikan diri daripada makhluk tersebut.
  • Selain daripada itu berlaku pula gangguan tanpa penjelmaan .Kita akan merasa  pada waktu itu kenderaan yang kita pandu begitu berat sekali,lebih berat daripada biasa disamping itu bulu romapun berdiri tegak rasa seram dan gerun.
  • Apabila berlakunya gangguan seperti ini maka perkara yang perlu kita lakukan ialah menarik nafas perlahan-lahan dan bertenang.Tidak perlu kita tergopoh gapah kerana takut lalu memandu kenderaan dengan lajunya,sikap inilah yang selalunya membawa maut.
.