Monday 16 May 2011

Cara Beramal Pendinding Diri - Wirid Bonus

  • Pendinding diri dengan wirid bonus ini  merupakan pendinding yang begitu berguna kepada kita semua.Walaupun zaman sekarang ini zaman serba canggeh ...dunia dihujung cari anda....tetapi kita lupa iblis/syaitan/jin bukan saja berada dihujung jari kita tapi mereka berada dalam diri kita jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh menjauhinya.

  • Pendinding bonus ini adalah merupakan satu wirid harian yang perlu kita beramal dengannya secara istiqomah disamping kita sentiasa mujahadah dalam membenteng diri kita dari  -gangguan yang dilakukan oleh makhluk-makhluk Allah yang tidak nampak dimata kita itu.

  • Keistemewaan dan kekuatan wirid ini jika kita beramal dengannya secara istiqomah dan dawam serta ikhlas ......InsyaAllah ia menjadi pendinding yang kuat lagi kukuh sehinggakan iblis/syaitan/jin tidak mampu menembusi dan masuk kedalam badan kita.Jika ia cuba masuk kedalam badan kita maka ia akan panas dan terbakar                                                                
  Wirid Bonus
                                                                                                                                                       
                                                                                                                                         
        لا اله الا الله وحده لاشريك له. له اللملك وله الحمد وهوا على كلى شىء قدير

     
  • PENTING 
  •         Berminat mengamalkannya........hubungi saya untuk mengetahui cara-cara mengamalkan wirid bonus ini dan untuk Akad Terima
                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Saturday 14 May 2011

Cara Beramal Pendinding Diri -Ayat Penggerak Hati

~ Cara mengamalkannya:
  • Ayat ini digunakan bila kita hendak pergi kesuatu tempat yang berisiko.
  • Boleh juga digunakan bila kita hendak bermusafir atau balik kampung.
  • Digunakan juga apabila kita pulang kerumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko.
  • Baca ayat ini sebanyak 7x.
  • Jika ketika kita membaca ayat ini bacaan kita tersekat-sekat atau terganggu dan tidak lancar maka hendaklah kita berhenti membacanya seketika beberapa minit.Setelah tenang maka bacalah kembali ayat ini 7x kemudian barulah kita teruskan pekerjaan,atau perjalanan kita itu.
~ Ayat Penggerak Hati.
                                      
                                                                                                                                                     بسم الله الذى لايضر مع السمه شىء فى الاءرض ولا فى السماء وهو السميع العليم               


  ** PENTING 
     Hubungi saya untuk Akad Terima amalan agar lancar amalannya dan lebih  berkesan                                                                                                                                                 

Cara Beramal Pendinding Diri - Ayatul Kursy

~ Ayatul Kursy terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 255.

~ Cara-cara beramal:
  • Baca Ayatul Kursy dengan 9 kali wakaf  al-quran Rasm Uthmani dengan niat pelindungan diri.
  • Lakukan selepas setiap kali solat fardhu lima waktu.
  • Dilakukan selepas berwirid harian dan do'a selepas solat.
  • Selepas membaca Ayatul Kursy,tarik nafas perlahan-lahan sepanjang yang boleh dan ditelan kemudian tahan nafas sebentar lalu hembuskan disekeliling badan kita mengikut arah tawaf kaabah.
** PENTING 
     Hubungi saya untuk Akad Terima amalan agar lancar amalannya dan lebih berkesan

Cara Beramal Pendinding Diri - Al-Muawwizat

~ Al-Muawwizat bererti pelindung-pelindung.

~ Terdiri daripada 3 surah iaitu:
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Nas 
~ Cara-caranya.   
  • Lunjurkan kedua-dua bekah kaki kearah kiblat.
  • Angkat dua belah tangan seperti hendak berdo'a kemudian bacalah ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai .
  • Tarik nafas berlahan-lahan seberapa panjang yang boleh kemudia tiupkan ke tapak tangan sehingga habis nafas.
  • Tarik nafas sekali lagi dan tahan nafas sebentar sambil menyapu kedua-dua belah tapak tangan keseluruh anggota badan yang dapat dicapai kecuali pada anggota sulit.
  • Lakukan amalan ini sebelum tidor malam dan selepas selesai solat subuh pada setiap hari.
** PENTING 
     Hubungi saya untuk Akad Terima amalan agar lancar amalannya dan lebih berkesan.
    

Friday 13 May 2011

Cara Beramal Pendinding Diri - Surah Al-Fatehah

~ Beramal dengan cara membaca surah Al-Fatehah setiap hari selepas solat farhu 5 waktu.
~ Niatkan amalan ini sebagai pendinding diri kita kepada Allah s.w.t.
~ Pada hari yang pertama baca surah Al-Fatehah sebanyak satu kali sahaja pada setiap kali selesai solat
    fardhu 5 waktu.
~ Pada hari kedua baca surah Al-Fatehah 2 kali sahaja setiap kali selesai solat fardhu 5 maktu.
~ Begitulah seterusnya pada hari ke 3 hinggalah sampai hari yang ke 7 iaitu selama seminggu surah Al-Fa
    tehah dibaca sebanyak 7 kali.
~ Manakala pada hari-hari berikutnya surah Al-Fatehah hendaklah dibaca sebanyak 7 kali setiap kali se-
    lesai solat 5 waktu.
~ Ini bermakna surah Al-Fatehah tersebut hendaklah dibaca sebanyak 35x sehari semalam dan hendaklah  
   dibaca selepas melakukan wirid harian dan do'a dalam solat.

** PENTING
     Berminat untuk mengamalkannya....hubungi saya untuk Akad Terima agar lebih lancar dan berkesan
     dalam mengamalkannya.


 

Pendinding Diri

Terdapat 4cara yang masyhur yang digunakan dalam membenteng diri kita daripada anasir-anasir jahat terutamanya dari kalangan iblis/syaitan/jin:

1- Pendinding diri dengan surah Al-Fatehah.

2) Pendinding diri dengan Al-Muawwizat.

3) Pendinding diri dengan Ayatul Kursy                                                           

4) Pemdinding diri dengan Ayat Penggerak Hati.

5) Pendinding diri dengan Wirid Bonus.

**
Setiap pendinding tersebut ada cara-cara mengamalkannya.Lihat Cara Beramal Pendinding Diri satu persatu.

Wednesday 11 May 2011

Demam.......dah pergi klinik tapi tak semboh juga

1) Al-Fatehah

2) Selawat Syifa'

3) Surah Al-Hasyr ayat 21-24

4) Do'a  Penawar Demam

~~ Hubungi saya untuk rawatan seterusnya~~

Tuesday 10 May 2011

Kerasukan makhluk yang tak nampak dimata kasar kita


Apa yang dimaksudkan dengan makhluk halus itu ialah makhluk ciptaan Allah s.w.t tanpa berjisim,tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak boleh disentoh dengan tangan.Makhluk-makhluk ini asal kejadiannya ada yang daripada cahaya iaitu malaikat dan ada yang dicipta daripada api iaitu iblis/syaitan/
jin.Beriman atau mempercayai kewujudan makhlauk-makhluk ini dan hal yang ghaib adalah wajib hukumnya,sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 2-4:
                                              
                                                                                                                                                                  
ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤)
                                                                                                                                                                                                                            
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) "
 
Dalam kehidupan seharian, manusia selalu diganggu oleh makhluk-makluk halus yang terdiri daripada iblis/syaitan/jin yang sentiasa berkeliaran dimuka bumi ini.Bagi masyarakat kita gangguan ini dikenali sebagai rasukan.Diantara gangguan yang biasa berlaku terhadap manusia ialah:
1) Bisikan suara ganjil
2) Mengekori/mengikuti manusia
3) Mimpi yang menakutkan
4) Histeria
5) Rasukan iblis/syaitan/jin.
 
Biarpun semua manusia sentiasa menerima gangguan daripada iblis/syaitan/jin namun begitu terdapat segolongan manusia yang lebih mudah dipengaruhi oleh makhluk-makhluk jahat tersebut.Ini adalah disebabkan oleh tingkah laku mereka sendiri dalam mengharugi kehidupan didunia ini tanpa berlandaskan Syariat Islam yang sebenarnya.Kebiasaannya gangguan/rasukan berlaku  kepada:
1) Mereka yang kurang atau sedikit amal ibadahnya-terdiri daripada orang yang tidak mempunyai latar
    belakang pendidikan agama tanpa membezakan samada mereka itu lelaki,perempuan,cantik,hodoh,ber
    pelajaran tinggi,berpangkat,kaya ataupun miskin.
2) Mereka yang kurang berzikir kepada Allah s.w.t,kurang membaca dan mentela'ah al-quran,kurang solat
    tahajjud dan sebagainya.
3) Mereka yang imannya tidak diperbaharui dengan kalimah syahadah.
 
Perlulah kita ingat roh kita juga memerlukan santapan untuk kekuatan dan keteguhan sebagaimana jasad memerlukan makanan dan minuman.Melalui ibadah yang sempurna roh kita akan menjadi kuat,kukuh dan teguh lantas menjadikan ianya sukar hendak  ditempusi dan dikalahkan oleh makhluk-makhluk jahat tersebut;tetapi sebaliknya jika roh kita terbiar maka ianya akan menjadi lemah,menjadikan jasad kita kosong
dan tidak mempunyai benteng perlindungan daripada gangguan/rasukan.
 
Oleh itu ingatlah ,kata rangtua "sediakan payung sebelum hujan".Mencegah lebih baik dari berubat.......
cegahlah sebelum parah.
 
 
 
 
 

Monday 9 May 2011

Surah Al-Hasyr Ayat 21-34

                                      
                            
   سُوۡرَةُ الحَش
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)
   
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. / (24)
                                         

Sunday 8 May 2011

cara perubatan dan penggunaan ayat penawar penyakit


Buntu tak tau maner nak pegi....hubungilah saya
                                                                             
                                                                              alamat rumah:
No.21 Kg.Baru Lanjut
43900 Sepang Selangor
Darul-Ehsan.
Tel:019-3819298

Insya Allah same same kiter selesaikan..........


                                                                                                 

Sholawat Syifa'


صلاواة شفاء
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافة الابدان واشفائها ونورالابصاروضيائه وعلى اله وصحبه وبارك وسلم                                                                                                                                                                                            

"Ya Allah berilah rahmat keatas penghulu kami,nabi Muhammad s.a.w. yang dengan berkat berselawat keatas baginda akan menyembuhkan hati-hati,menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurnikanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda"

Saturday 7 May 2011

Doa batok dan sakit dalamdada

1) Al-Fatehah
2) Selawat syifa'
3) Surah Yunus ayat 5
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Seuntai Kata Merungkai Rasa ( Hati Yang Mati )

oleh Sheikh Azli Sheikh Ali pada pada 06hb Mei 2011 pukul 12.40 ptg
Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati..Jika kau tidak temui jua, berdoalah kepada Allah, pintalah HATI yang baru.
10 Tanda Hati Mati
1) Kita mengaku kenal Allah Ta'ala tapi kita tak ikut perintahNya
2) Kita mengaku cintakan Rasulullah tapi kita abaikan sunnah Baginda
3) Kita baca al-quran setiap hari tapi kita tak beramal dengan hukum hakam didalamnya
4) Kita ambil nikmat Allah tapi kita tak pernah bersyukur padaNya.
5) Kita kata syaitan musuh kita tapi kita masih mengikutnya.
6) Kita nak masuk syurga tapi kita tak beramal untuk mendapatkannya.
7) Kita tahu ada seksa neraka tapi kita tak berjuang menjauhinya.
8) Kita tahu mati pasti datang tiba tiba tapi kita tak sedia untuk menghadapinya.
9) Kita sibuk dengan keburukkan orang lain tapi kita lupa keburukkan diri sendiri.
10)Kita sering menziarahi kematian seseorang tapi kita tak ambil iktibar daripadanya.