Mengenai Diri Saya

Assalamualaikum wrmth.............
Minat saya dengan ilmu perubatan adalah sejak kecil lagi.Saya selalu mengikut orang orang yang hendak mengubati pesakit tapi masa tu kebanyakkan mereka ni dikenali sebagai bomoh,dukun dan pawang.Datok saya sendiri pun menjadi pawang,tapi beliau telah meninggal dunia.Walaubagaimanapun minat yang mendalam dengan perubatan islam dalam kehidupan saya bermula ketika almarhumah bonda saya sakit kuat.Setelah puas berusaha bagaimana dan dimana hendak belajar ilmu perubatan  islam,akhirnya dapat juga saya belajar dan mendalaminya di Darussyifa' Bandar Baru Bangi...belajar dengan Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din.Walaupun saya tak sempat merawat bonda tercinta tapi saya tetap bersyukur kehaderat Illahi dengan berbekalkan sedikit ilmu perubatan islami ini saya dapat merawat anak-anak saya,isteri dan sanak mara.Pada mulanya saya hanya merawat dalam kalangan keluarga saya saja,kemudian beralih pula pada sahabat handai,jiran tetangga dan akhirnya saya memberikan perkhidmatan rawatan islam kepada masyarakat luar yang inginkan rawatan sehinggalah kini.
Perkhidmatan rawatan islam yang saya hulurkan khusus pada kanak-kanak dan kes-kes rasukan jin.Ada juga yang datang kerana penyakit moden zaman ini seperti penyakit kencing manis,darah tinggi,gaut dan lain lain tapi pada mereka ini saya sarankan terus pergi ke Darussyifa' kerana didarussyifa' terdapat bahan bahan perubatan yang berkenaan ( pohon pohon dan daun daun alam semula jadi.).
Pada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan perkhidmatan dari saya,boleh menghubungi saya untuk temujanji samada melalui email saya atau berhubung terus dengan saya melalui telefon .Sama samalah kita berusaha kearah kesejahteraan hidup dengan mengikut syariat islam.


Wassalam