Friday 22 July 2011

Tangkal Dan Hukumnya


  • Tangkal adalah mainan masyarakat Arab jahiliyah yang kemudiannya meresap masuk ke alam Melayu hinggalah zaman moden sekarang ini.
  • Dalam hadis soheh riwayat Abu Daud,Ibn Majah,Imam Ahmad al-Hakim dan Baihaqi;Rasulullah S.A.W bersabda:-
                              إنّ الرَّقَى والثَّـماءم  والثَّولة  شركك 
  •    " Sesungguhnya jampi mentera (yang tidak islamik ) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah  haram " 
  • Para ulama' bersepakat bahawa pemakai tangkal seperti ini haram dan boleh membawa kepada syirik atau berdosa besar.
  • Ada juga orang mengatakan Tangkal hanya ikhtiar....ungkapan seperti ini adalah mengelirukan kerana niat yang baik tidak boleh menghalalkan cara yang haram.
~ Oleh kerana itu jauhkanlah diri kita dari memakai tangkal walaupun dengan tujuan perubatan

Thursday 14 July 2011

Solat Tahajjud Dan Rawatan

  • Mungkin kita tertanya-tanya....apa kena mengena tahajjud dengan rawatan????????
  • Secara fizikalnya Solat Tahajjud dapat membantu meregangkan ketegangan otot dan urat saraf.
  • Ianya juga boleh mencernakan minda kita kerana dapat menghirup oksigen atau udara segar yang keluar dari bumi pada 1/3 malam ketika kita sujud.
  • Merupakan petua yang mujarap bagi mengurangkan proses penuaan dan menjernihkan raut wajah.
  • Solat tahajjud juga adalah diantara solat yang sukar hendak didirikan;oleh kerana itu ia mempunyai banyak fadhilatnya.
  • Saranan Allah s.w.t mengenai solat tahajjud adalah seperti dalam surah Az-Zuriat ayat 15-18
                                                                                                                                                         
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ۬ وَعُيُونٍ (١٥) ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡ‌ۚ إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُحۡسِنِينَ (١٦) كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ (١٧) وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ (١٨)
   Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (15) (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (16) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (17) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (18)
 
  • Begitu juga dalam surah Al-Isra' ayat 7
                                                                                                                                                 
             وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
Maksdnya :
 Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. 
~ Selamat mencuba semoga memperolehi ganjaran yang setimpal dengan amalan yang dilakukan ~