Bisikan Suara Ganjil

  • Bisikan suara ganjil yang sering didengari oleh seseorang adakala ianya merupakan satu arahan kepadanya agar melakukan sesuatu perkara yang pada kebiasaannya tidak munasabah diakal.
  • Adakalanya juga suara ganjil tersebut umpama suatu pernyataan kepada diri orang tersebut seperti dakwaan menyetakan  diri orang yang berkenaan adalah seorang wali Allah atau ada hubungan dengan para wali dan sebagainya.
  • Contah bisikan suara ganjil yang lainnya ialah seperti kedengaran suara orang yang sedang berbual tapi tidak nyata apakah isi perbualan tersebut.Suara-suara ganjil ini kadang kala kedengaran pada sesuatu ketika sahaja dan ianya tidak didengari oleh orang lain.
  • Walau apapun bentuk dan isi kandungan bisikan itu........perlu diingat bahawa suara-suara itu adalah merupakan satu Gangguan.Pesakit ada ketikanya dia menentang arahan suara tersebut dengan mengatakan ia bukan Wali Allah dan sebagainya.Pesakit menentang suara ganjil itu dengan caranya tersendiri yang tidak difahami oleh orang lain
  • Walaupun begitu ada juga pesakit yang menuruti  dan patuh pada arahan suara ganjil tersebut dan kelihatan senyum, ketawa  dan bercakap sendirian dengan ungkapan-ungkapan  kata yang berkaitan dengan suara bisikan berkenaan.Fenomena ini berbeza-beza mengikut punca-punca sakit tersebut.
  • Pada diri pesakit,perbuatannya merupakan tindak balas daripada bisikan yang didengar olehnya sama ada menentang suara bisikan tersebut ataupun patuh pada suara bisikan itu.
  • Keadaan itu akan berlaku apabila fikiran mulai terganggu lantas dapat dikuasai oleh makhluk-makhluk halus itu.Ini akan mengakibatkan orang lain memandang pesakit umpama telah hilang sebahagian daripada akalnya kerana perbuatannya yang tidak normal dan hilang pertimbangan wajar seperti mengaku diri adalah seorang Wali Allah atau Nabi,senyum,ketawa,bercakap sendirian dan sebagainya.
  • Perlulah kita ingat apabila imbangan akal mulai tidak stabil maka kemuncak merbahaya akibat daripada bisikan suara-suara ganjil itu tadi boleh mengaikibatkan pesakit atau seseorang itu menjadi gila.