Monday 6 June 2011

Kesampukan Dan Rawatan

  • Sekali imbas kesampukan sama seperti histeria dan kerasukan.Semua itu berpunca dari gangguan makhluk halus yang jahat.
  • Jika seseorang itu melalui tempat-tempat yang luar biasa pada pandangan mata dan terasa seram atau gerun seperti  gaung yang curam,gua,pokok besar,dilautan,gunung,paya dan sebagainya yang pada lazimnya tempat-tempat seperti ini didiami oleh makhluk-makhluk halus;maka apabila ia pulang kerumah,badan terasa seram sejuk lalu membawa kepada demam panas,meracau-racau,muka pucat,termenung dan akhirnya menyebabkan hilang akal.Situasi seperti inilah yang dikatakan orang kena sampuk.
  • Kesampukan boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal dengan tiba-tiba kerana gangguan yang kuat yang lazimnya terjadi kepada orang yang lemah semangat terutamanya pada kaum wanita.
  • Apabila kita melihat fenomena seperti ini berlaku maka cepat-cepatlah dibuat rawatan.Orang yang disampuk oleh makhluk halus yang jahat perlu datang mendapatkan  perawat dengan seberapa segera yang boleh kerana kemuncak sampukan tersebut boleh menjadikan seseorang itu menjadi gila.
                                                              DOA RAWATAN
  1. Al-Fatehah
  2. Selawat Tafrijiyyah
  3. Do`a Penghindar Syaitan
  • Setelah dibaca do`a diatas maka tariklah pada bahagian badan yang kejang samada tangan,kaki dan lain-lain lalu ditiupkan kemuka pesakit.
  • Baca do`a sekali lagi pada air untuk dibuat minum dan mandi.
~ PENTING ~
  • Hubungi saya untuk kaedah rawatan seterusnya.

No comments:

Post a Comment