Friday 22 July 2011

Tangkal Dan Hukumnya


  • Tangkal adalah mainan masyarakat Arab jahiliyah yang kemudiannya meresap masuk ke alam Melayu hinggalah zaman moden sekarang ini.
  • Dalam hadis soheh riwayat Abu Daud,Ibn Majah,Imam Ahmad al-Hakim dan Baihaqi;Rasulullah S.A.W bersabda:-
                              إنّ الرَّقَى والثَّـماءم  والثَّولة  شركك 
  •    " Sesungguhnya jampi mentera (yang tidak islamik ) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah  haram " 
  • Para ulama' bersepakat bahawa pemakai tangkal seperti ini haram dan boleh membawa kepada syirik atau berdosa besar.
  • Ada juga orang mengatakan Tangkal hanya ikhtiar....ungkapan seperti ini adalah mengelirukan kerana niat yang baik tidak boleh menghalalkan cara yang haram.
~ Oleh kerana itu jauhkanlah diri kita dari memakai tangkal walaupun dengan tujuan perubatan

No comments:

Post a Comment