- Mungkin kita tertanya-tanya....apa kena mengena tahajjud dengan rawatan????????
- Secara fizikalnya Solat Tahajjud dapat membantu meregangkan ketegangan otot dan urat saraf.
- Ianya juga boleh mencernakan minda kita kerana dapat menghirup oksigen atau udara segar yang keluar dari bumi pada 1/3 malam ketika kita sujud.
- Merupakan petua yang mujarap bagi mengurangkan proses penuaan dan menjernihkan raut wajah.
- Solat tahajjud juga adalah diantara solat yang sukar hendak didirikan;oleh kerana itu ia mempunyai banyak fadhilatnya.
- Saranan Allah s.w.t mengenai solat tahajjud adalah seperti dalam surah Az-Zuriat ayat 15-18
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ۬ وَعُيُونٍ (١٥) ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡۚ إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُحۡسِنِينَ (١٦) كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ (١٧) وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ (١٨)
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (15) (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (16) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (17) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (18)
- Begitu juga dalam surah Al-Isra' ayat 7
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
Maksdnya :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
~ Selamat mencuba semoga memperolehi ganjaran yang setimpal dengan amalan yang dilakukan ~
No comments:
Post a Comment