Tuesday 10 May 2011

Kerasukan makhluk yang tak nampak dimata kasar kita


Apa yang dimaksudkan dengan makhluk halus itu ialah makhluk ciptaan Allah s.w.t tanpa berjisim,tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak boleh disentoh dengan tangan.Makhluk-makhluk ini asal kejadiannya ada yang daripada cahaya iaitu malaikat dan ada yang dicipta daripada api iaitu iblis/syaitan/
jin.Beriman atau mempercayai kewujudan makhlauk-makhluk ini dan hal yang ghaib adalah wajib hukumnya,sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 2-4:
                                              
                                                                                                                                                                  
ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤)
                                                                                                                                                                                                                            
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) "
 
Dalam kehidupan seharian, manusia selalu diganggu oleh makhluk-makluk halus yang terdiri daripada iblis/syaitan/jin yang sentiasa berkeliaran dimuka bumi ini.Bagi masyarakat kita gangguan ini dikenali sebagai rasukan.Diantara gangguan yang biasa berlaku terhadap manusia ialah:
1) Bisikan suara ganjil
2) Mengekori/mengikuti manusia
3) Mimpi yang menakutkan
4) Histeria
5) Rasukan iblis/syaitan/jin.
 
Biarpun semua manusia sentiasa menerima gangguan daripada iblis/syaitan/jin namun begitu terdapat segolongan manusia yang lebih mudah dipengaruhi oleh makhluk-makhluk jahat tersebut.Ini adalah disebabkan oleh tingkah laku mereka sendiri dalam mengharugi kehidupan didunia ini tanpa berlandaskan Syariat Islam yang sebenarnya.Kebiasaannya gangguan/rasukan berlaku  kepada:
1) Mereka yang kurang atau sedikit amal ibadahnya-terdiri daripada orang yang tidak mempunyai latar
    belakang pendidikan agama tanpa membezakan samada mereka itu lelaki,perempuan,cantik,hodoh,ber
    pelajaran tinggi,berpangkat,kaya ataupun miskin.
2) Mereka yang kurang berzikir kepada Allah s.w.t,kurang membaca dan mentela'ah al-quran,kurang solat
    tahajjud dan sebagainya.
3) Mereka yang imannya tidak diperbaharui dengan kalimah syahadah.
 
Perlulah kita ingat roh kita juga memerlukan santapan untuk kekuatan dan keteguhan sebagaimana jasad memerlukan makanan dan minuman.Melalui ibadah yang sempurna roh kita akan menjadi kuat,kukuh dan teguh lantas menjadikan ianya sukar hendak  ditempusi dan dikalahkan oleh makhluk-makhluk jahat tersebut;tetapi sebaliknya jika roh kita terbiar maka ianya akan menjadi lemah,menjadikan jasad kita kosong
dan tidak mempunyai benteng perlindungan daripada gangguan/rasukan.
 
Oleh itu ingatlah ,kata rangtua "sediakan payung sebelum hujan".Mencegah lebih baik dari berubat.......
cegahlah sebelum parah.
 
 
 
 
 

1 comment:

  1. I think your blog is very exceptional and thank you for your blog
    sanadomino

    ReplyDelete